EPL: Chelsea Mudah Atasi Leicester, Terus Ungguli Carta Liga
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Pertembungan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pasukan Leicester City melayan kunjungan Chelsea FC. Perlawanan yang berlangsung di King Power Stadium itu berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Chelsea FC.

Serangan awal bermula pada minit ketiga permainan, dimana sepakan Ben Chillwell terkena palang selepas menerima hantaran kemas daripada ketua pasukan Chelsea, Jorginho.

Pada minit ke-14 permainan, tandukkan yang baik menatijahkan gol pembukaan untuk aksi malam ini. Hantaran lintang menerusi sepakan sudut oleh Ben Chillwell mudah disempurnakan Antonio Rudiger.

Advertisements

Kedudukan mendebarkan pada minit ke-25 permainan apabila Ademola Lookman dengan tenang menyumbat gol ke gawang Chelsea. Namun, jaringan itu dibatalkan pengadil kerana pemain Leicester City itu sudah berada dalam kedudukan offsaid.

Serangan demi serangan terus dicetuskan pasukan pelawat . Percubaan berani Ngolo Kante dari luar kotak penalti pada minit ke-28 berjaya menghasilkan gol kedua buat pasukan Chelsea FC. Separuh masa pertama tamat, Leicester City 0-2 Chelsea FC.

Advertisements

Separuh masa kedua dilihat pasukan Leicester City masih belum mendapat rentak terbaik apabila pengawalan bola yang lebih baik ditampilkan pemain-pemain pasukan pelawat. Leicester City seolah hilang idea untuk membolosi benteng pertahan Chelsea FC.

Pada minit ke-52 permainan, pertahanan kiri Chelsea, Ben Chilwell hampir menggandakan lagi jaringan buat Chelsea apabila sepakannya berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

Advertisements

Pertukaran pemain yang dilakukan oleh Tuchel pada separuh masa kedua dengan memasukkan Hakim Ziyech dan Christian Pulisic membuahkan hasil apabila Pulisic berjaya menjaringkan gol ketiga buat Chelsea pada minit ke-72 permainan selepas menerima hantaran kemas daripada Ziyech.

Pada minit ke-81 permainan, pemain tengah Leicester City, James Maddison hampir menjaringkan gol pertama buat pasukannya selepas rembatan deras yang dilakukan dihalang baik oleh penjaga gol Chelsea, Eduardo Mendy.

Advertisements

Tiga minit masa kecederaan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Leicester City 0-3 Chelsea FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram