EPL: Lingard dan De Gea Pemangkin Kebangkitan ‘Luar Biasa’ Manchester United Ke Atas West Ham
EPL
Reuters
Advertisements

Jaringan minit-minit terakhir Jesse Lingard bantu memastikan Manchester United mengutip 3 mata penuh menentang West Ham United di Stadium London.

Tuan rumah bermula baik menerusi jaringan Benrahma pada minit ke-30 selepas berjaya menggunakan peluang keadaan tidak terkawal pertahan Manchester United.

Video West Ham 1-2 Manchester United

Advertisements

Walaubagaimanapun selang 5 minit kemudian, Cristiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan menerusi satu tapping bola muntah pada minit ke-35.

Jesse Lingard yang dimasukkan pada minit ke-73 menggantikan Pogba menjadi wira buat The Red Devils selepas berjaya menjaringkan gol menerusi satu sepakan deras pada minit ke-88 menjadikan kedudukan 1-2.

West Ham memperoleh peluang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan selepas memperoleh sepakan penalti namun gagal disempurnakan Mark Noble.

Advertisements

Drama minit-minit terakhir perlawanan ini memberikan kegembiraan maksimum kepada kem Manchester United selepas menhadapi cabaran sukar The Hammers.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram