Advertising
EPL: Liverpool Belasah Newcastle
EPL
MakanBola
Liverpool FC

Liverpool dilihat kembali berada di landasan tepat untuk memburu kedudukan empat teratas EPL selepas bergelut dengan kemerosotan prestasi beberapa minggu kebelakangan ini. Ini selepas mereka berjaya mengatasi Newcastle United di St James Park hari ini.

Sebelum perlawanan bermula, barisan pemain, jurulatih dan penyokong kedua-dua pasukan memberi tepukan gemuruh selama seminit. Ini sebagai penghormatan kepada mendiang Christian Atsu yang mati dalam tragedi gempa bumi Turkiye dengan mayatnya ditemui petang semalam.

Sebaik sepak mula, tuan rumah hampir mendahului seawal minit keempat menerusi penyerang Paraguay, Miguel Almiron. Bagaimanapun, percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Reds, Alisson.

Ad

Tersentak, Liverpool segera memperkemas rentak dan membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi Darwin Nunez selepas menyudahkan hantaran Trent Alexander-Arnold.

Ad

Tujuh minit kemudian, penyerang Belanda, Cody Gakpo melepasi perangkap ofsaid dan mudah menyempurnakan hantaran Mohamed Salah untuk meletakkan Liverpool 2-0 di hadapan.

Derita tuan rumah semakin bertambah apabila penjaga gol Nick Pope dibuang padang pada minit ke-22. Ini selepas Pope didapati menangkap bola di luar kotak penalti semasa cuba menyekat Salah.

Ad
Ad

Akibat kesalahan ini juga, dia tidak dapat menyertai rakan-rakan sepasukan di pentas final Piala Carabao dan berita gembira kepada lawan Manchester United.

Ad

Ini memaksa Magpies memasukkan Martin Dubravka untuk mengawal gawang mereka. Walaupun tuan rumah cuba bangkit, keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, tuan rumah berusaha memburu gol bagi merapatkan jurang. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-55 menerusi bek tengah Fabian Schar tetapi percubaannya tersasar.

Liverpool juga beberapa kali berpeluang menambah jaringan tetapi percubaan mereka sama ada tersasar atau dinafikan Dubravka.

Dengan keputusan ini, Reds kini menduduki tangga kelapan liga dengan 35 mata. Manakala Newcastle kekal di tangga keempat dengan 41 mata.

Selepas ini, Liverpool bakal berdepan Crystal Palace di Selhurst Park pada 26 Februari. Manakala Magpies pula tidak turun beraksi dalam saingan EPL kerana beraksi di pentas final Piala Carabao menentang United pada 27 Februari.