EPL: Liverpool Terus Merosot, Tewas Lagi Kepada Wolves
Dunia
Liverpool FC
Advertisements

Liverpool seakan buntu menyekat punca kemerosotan mereka akhir-akhir ini. Terbaru, mereka menjadi mangsa kebangkitan Wolverhampton Wanderers di bawah Julen Lopetegui dengan kekalahan 3-0 di Molineux.

Sebaik sepak mula, Wolves bermula garang dengan mengasak kubu pelawat. Dan mereka mendahului seawal minit keempat menerusi gol sendiri Joel Matip.

Selepas menerima hantaran daripada Pablo Sarabia, penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan melepaskan rembatan ke arah gol yang dikawal Alisson. Bola terkena badan Matip sebelum menerjah jaring sekaligus meletakkan tuan rumah di depan.

Advertisements

Belum sempat Reds memperkemas rentak mereka, pasukan pelawat dibolosi lagi buat kali kedua pada minit ke-. Kali ini, giliran bekas bek tengah West Ham, Craig Dawson yang menyepak masuk bola yang terpantul daripada sepakan rakan sepasukan Max Kilman.

Tersentak, Liverpool cuba bangkit mengatur serangan tetapi kebanyakan percubaan mereka berjaya diserap oleh pertahanan Wolves diterajui oleh Dawson dan Kilman. Kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan jentera serangan Reds diketuai Mohamed Salah berusaha mencari ruang menembusi gawang Wolves yang dikawal Jose Sa tetapi gagal.

Advertisements

Sebaliknya, tuan rumah menambah derita pelawat dengan gol ketiga menerusi kapten Ruben Neves pada minit ke-71 selepas menerima hantaran pemain gantian Adama Traore. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan tersebut, Liverpool kekal di tangga ke-10 liga dengan 29 mata. Sementara Wolves pula keluar dari zon penyingkiran dan kini menduduki tangga ke-15.

Anak-anak buah Jurgen Klopp tahu jika keadaan ini berterusan, mereka boleh menjadi mangsa Everton seterusnya pada 14 Februari ini. Manakala Wolves pula bertandang ke St Mary menentang Southampton pada 11 Februari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram