EPL: Man Utd Belasah Leicester Tanpa Belas Kasihan
EPL
Fabrizio Romano
Advertisements

Man Utd terus memburu jiran setempat, Manchester City yang kini menghuni tangga kedua EPL. Ini selepas dua gol Marcus Rashford membantu Red Devils membenam Leicester City 3-0 di Old Trafford hari ini.

Sebaik sepak mula, tuan rumah mendominasi lawan mereka tetapi terpaksa menunggu hingga minit ke-25 untuk gol pembukaan. Rashford melepasi perangkap ofsaid Foxes dan mudah menyempurnakan hantaran kapten Bruno Fernandes untuk gol pertama United.

Bagaimanapun, Red Devils perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, David de Gea kerana memastikan gawang mereka tidak dibolosi sebelum gol Rashford.

Advertisements

Kelechi Iheanacho dua kali menguji de Gea pada minit kelapan dan ke-20 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Sepanyol itu. Leicester cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Erik Ten Hag memasukkan Jadon Sancho menggantikan Alejandro Garnacho bagi menambah sengat di bahagian serangan. Percaturan jurulatih Belanda itu berhasil apabila Rashford menggandakan jaringan pada minit ke-60.

Sancho kemudiannya menambah derita Foxes menerusi gol ketiga dua minit selepas itu. Bekas pemain sayap Borussia Dortmund itu bertukar hantaran dengan Fernandes sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Leicester, Danny Ward.

Advertisements

Dengan United selesa di hadapan, Ten Hag memberi peluang kepada pemain muda Kobee Mainoo membuat kemunculan pertama seniornya. Walaupun anak-anak buah Brendan Rodgers cuba memburu gol saguhati, keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, United hanya dipisahkan tiga mata dengan Citizens yang menduduki tangga kedua EPL. Sementara Leicester pula di tangga ke-14 dengan 24 mata.

United tidak turun bermain dalam perlawanan EPL seterusnya kerana komitmen final Piala Carabao pada 27 Februari. Sementara Foxes pula berdepan tugas sukar menentang pendahulu EPL, Arsenal di Stadium King Power pada 25 Februari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram