EPL: Manchester United Bagi ‘Amaran’ Belasah Leeds United di Old Trafford
EPL
Photo: Rauters
Advertisements

Manchester United bermula ‘garang’ pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris selepas membantai Leeds United 5-1 di Old Trafford.

Lebih manis, Bruno Fernandes mencatat hatrik pertamanya bersama Manchester United menerusi jaringannya pada minit ke-30, 54 dan 60.

Bruno menyudahkan tuisan cantik Pogba pada minit ke-30 menewaskan penjaga gawang Leed United Illan Meslier menjadikan kedudukan 1-0 buat tuan rumah.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Leeds bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan cantik Luke Ayling pada minit ke-48.

Manchester United yang tersentak dengan jaringan penyamaan Leeds bangkit 4 minit kemudian menerusi jaringan Mason Greenwood hasil gerakan menarik dari sebelah kiri.

Bruno Fernandes menambah jaringan ke-3 Manchester United 2 minit kemudian. Bruno yang berjaya mencari ruang atas kegagalan pertahanan Leeds menyepak laju bola namun diselamatkan pertahanan Leeds. Bola tersebut disahkan sudah melepasi garisan sekaligus memberikan menambah derita Leeds.

Advertisements

Bruno sekali lagi menjadi ubi dalam daging Leeds menerusi jaringan ke-4 United. Hantaran jarak jauh Lindelof disambut baik Bruno Fernandes yang merembat kencang sekaligus mencatat hatrik pertamanya bersama Manchester United.

Fred menambah derita Leeds menerusi jaringan ke-5 manchester United pada minit ke-68 selepas menerima hantaran Paul Pogba dari sebelah kiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram