Manchester United bangkit dari ketinggalan 1-0 dengan memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris menewaskan Everton 1-2 di Goodison Park.
Satu jaringan Antony dan Cristiano Ronaldo melengkapkan malam gemilang United yang ingin bangkit selepas tewas 6-3 kepada Manchester City sebelum ini di Etihad.
Everton memperoleh jaringan seawal minit ke-5 menerusi tuisan cantik Alex Iwobi sekaligus memberikn tekanan buat pasukan pelawat.
Man Utd walaubagaimanapun pantas memberikan maklum balas menerusi jaringan Antony 10 minit kemudian hasil satu serangan balas hantaran Martial.
Cristiano Ronaldo yang dimasukkan pada minit ke-29 menggantikan Martial memperoleh jaringan ke-700-nya dalam karier bola sepak profesional pada minit ke-44 juga menerusi satu serangan balas hasil kesilapan pertahanan Everton.
Bersambung babak ke-2, United tidak menunjukkan tanda untuk berhenti melakukan serangan dan hampir menambah jaringan menerusi satu gerakan cantik Marcus Rashford pada minit ke-80 namun dibatalkan oleh VAR.
Perlawanan tamat dengan Manchester United menang 1-2 menewaskan Everton di Goodison Park.
Manchester United bakal melayani kunjungan Newcastle di Old Trafford untuk aksi Liga Perdana Inggeris seterusnya pada 16 Oktober ini.
Dalam aksi sebelum ini, Arsenal berjaya menewaskan Liverpool 3-2 di Emirates hasil jaringan Martinelli dan 2 jaringan Bukayo Saka.