EPL: Ujian Pertama Ralf Rangnick Lulus, Tewaskan Crystal Palace di Old Trafford
EPL
Manchester United
Advertisements

Penampilan pertama jurulatih dari Jerman, Ralf Rangnick sebagai jurulatih sementara ‘lulus’ setelah Manchester United berjaya menewaskan Crystal Palace 1-0 di Old Trafford.

Manchester United beraksi cemerlang dengan aksi bertenaga sepanjang perlawanan walaupun gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama.

Fred menjadi wira buat Manchester United selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77. Serangan balas pantas United dari sebelah kanan gagal dikawal pemain Crystal Palace sekaligus membuka ruang buat pemain Brazil itu membuat penyudah cantik.

Advertisements

Perlawanan pertama kendalian Ralf Rangnick menyaksikan United berjaya menghasilkan 16 sepakan bebas dan lebih 60 peratus penguasaan bola.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram