Manchester United meratapi kekalahan 5 liga musim ini selepas tewas 4-1 kepada Watford di Vicarage Road.
Manchester United hampir dihukum seawal minit ke-11 namun De Gea cemerlang menepis sepakan penalti diambil pemain Senegal, Ismaïla Sarr.
Watford yang jelas berjaya menekan pertahan Manchester United seawal minit pertama terus menerus melakukan asakan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-28 menerusi jaringan Joshua King selepas menerima hantaran Bonaventure.
Ismaïla Sarr menebus kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-44 selepas permainan satu-dua Tom Cleverley dan Kiko Femenía berjaya membuka ruang dari sebelah kanan menjadikan kedudukan 2-0 di separuh masa pertama.
Bersambung babak ke-2 Manchester United memperkemaskan permainan dan berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan pemain gantian, Donny van De Beek pada minit ke-50.
Manchester semakin tertekan selepas kapten pasukan, Harry Maguire di arah keluar padang selepas menerima dua kad kuning pada minit ke-69.
Manchester United cuba mencari jaringan pernyamaan namun Watford berjaya menyerap serangan United yang beraksi 10 pemain.
Kealpaan United mencari gol pernyamaan memberikan padah selepas Watford berjaya menambah 2 jaringan pada masa tambahan menerusi sepakan deras Joao Pedor dan Emmanuel Bonaventure.
Watford menang 4-1 di halaman sendiri.
Kekalahan ini menjadi kekalahan ke-5 Manchester United musim ini selepas 12 perlawanan sekaligus memberikan tekanan tinggi kepada Ole Gunnar Solskjær mengekalkan posisinya sebagai pengurus pasukan.