Ads
Erick Thohir Bincang Perkara Penting Dengan Hannah Yeoh Di Malaysia
UltraSukan
Erick Thohir

Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Advertisements

Erick tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk meninjau proses cabutan undi kumpulan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia membabitkan Indonesia.

Advertisements

Ini selepas Tim Garuda mengesahkan kemaraan ke pusingan berkenaan selepas muncul naib juara Kumpulan F dalam pusingan kedua kelayakan.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu hantaran di X, Erick yang juga Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia mengadakan perbincangan dengan Hannah berkenaan temasya Sukan SEA.

Beliau berpandangan temasya berprestij Asia Tenggara itu patut dijadikan sebagai batu loncatan untuk membantu para atlet cemerlang di Sukan Olimpik.

Advertisements

“Sebelum menghadiri cabutan undi untuk pusingan ketiga kelayakan Zon AFC untuk Piala Dunia FIFA 2026 di Kuala Lumpur, saya sempat bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh.

“Beliau juga merupakan teman baik Menpora (Menteri Belia dan Sukan) Indonesia, Dito Ariotedjo. Sebagai ahli IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa), saya berdiskusi bagaimana Sukan SEA bisa menjadi pertandingan sukan pelbagai yang dapat mendorong prestasi atlet-atlet di Asia Tenggara untuk bertanding di Olimpik.

“Kita ingin negara-negara di Asia Tenggara bisa lebih banyak meraih prestasi di pentas Olimpik,” katanya panjang lebar.

Advertisements

Cabutan undi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menyaksikan Indonesia berada dalam Kumpulan C bersama Jepun, Australia, China, Bahrain dan Arab Saudi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram