Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag dilihat bengang dengan sebahagian pemain termasuk Cristiano Ronaldo kerana meninggalkan padang lebih awal atas alasan bagi mengelak kesesakan.
Beliau sudah menyatakan lebih awal lagi bahawa beliau tidak memberikan kelulusan untuk balik awal ketika perlawanan Pra-Musim terakhir Manchester United menentang kelab Sepanyol, Rayo Vallecano Ahad lalu.
Selain itu, pihak BBC turut melaporkan sebelum tamat perlawanan ada pemain lain yang duduk dalam bilik pengarah juga meninggalkan stadium lebih awal.
“Ini tidak boleh diterima, anda sepatutnya kekal sehingga tamat selaku pasukan,” kata Erik ten Hag seperti yang dikongsikan oleh wartawan terkemuka Fabrizio Romano di laman sosial, Facebook.
Penyerang Portugal itu kini kembali ke skuad untuk perlawanan itu selepas tidak menyertai jelajah ke Thailand dan Australia atas sebab keluarga namun dia gagal meledak dan digantikan selepas babak pertama.
Untuk rekod, bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu menanamatkan musim sebagai penjaring terbanyak United musim lalu dengan 24 gol.