Erik Ten Hag Ugut Bintang United Untuk Digantikan Dengan Pemain Akademi
Eropah
Getty Images
Advertisements

Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan telah menetapkan undang-undang kepada para pemainnya melalui satu e-mel yang dihantar kepada semua pemain dengan menggariskan apa yang dia harapkan daripada mereka di bawah kepimpinannya.

Ten Hag mempunyai tugas yang besar untuk mengendalikan barisan pemain berstatus bintang di United. Bekas pengendali Ajax itu ingin mengubah budaya di kelab itu, yang dilihat tidak betul sejak pemergian Sir Alex Ferguson.

Satu sumber mengatakan bahawa e-mel yang dihantar kepada para pemain United adalah berbentuk peringatan yang mahukan semua pemain berlatih dengan instensiti yang tinggi. Jika tidak mencapai apa yang beliau inginkan, pintu keluar sedia menanti.

Advertisements

“Ten Hag menghantar e-mel kepada pemain pasukan utama dengan memberitahu mereka bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan dan tiada individu yang lebih penting daripada yang lain.

“Penekanannya tertumpu kepada pasukan walaupun United memiliki bintang kelas dunia. Beliau mahu pemain berlatih dengan intensiti yang lebih tinggi dengan menganggap setiap sesi adalah seperti permainan sebenar.

“Pemain telah diberitahu bahawa tahap kecergasan mereka akan menjadi yang paling baik yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. Jika mereka tetap bersamanya dan menyokongnya, mereka akan selamat berada di dalam pasukan. Jika tidak, mereka akan keluar dari pintu United.

Advertisements

Sumber tersebut turut mengatakan bahawa para pemain berisiko untuk digantikan dengan pemain akademi jika gagal menunjukkan yang terbaik ketika latihan.

“Mereka akan berlatih dan terus berlatih sehingga mereka dapat melakukannya dengan betul. Dan jika mereka tidak mampu, Ten Hag akan menggantikan mereka dengan beberapa pemain muda dari pasukan akademi.” jelas sumber tersebut seperti dilaporkan TheSun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram