ESM Internationale & Kedah Bentuk Kerjasama Strategik Luaskan Pasaran Kelab
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Sidang media yang diadakan Kedah semalam bukan sekadar mendedahkan program pra-musim mereka di Antalya, Turkiye. Malah, ia juga medan memperkenal rakan-rakan penaja kelab termasuk yang terbaru, ESM Internationale.

ESM Internationale merupakan sebuah firma pelaburan, perundingan dan penganjuran acara sukan. Syarikat ini juga bertanggungjawab menguruskan program pra-musim Kedah di Turkiye.

Pengumuman ini dibuat oleh pemilik Kedah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. Turut sama hadir mewakili ESM ialah CEO, Mohd Faizal Othman, Ketua Pehubungan Korporat, Azzairi Rosle dan Pegawai Pembangunan Perniagaan, Adib Aiman.

Advertisements

Menerusi kerjasama yang dijalin antara kedua-dua pihak, ESM dan Kedah akan melihat kolaborasi dari segi penajaan, pelaburan berpotensi, peluang perniagaan, promosi dan pemasaran serta mengembangkan rangkaian pasukan itu dalam kalangan pelbagai organisasi termasuk badan swasta.

Selain itu, Kedah dan ESM juga akan saling bertukar idea tentang program akar umbi, pendidikan bola sepak dan inisiatif membabitkan komuniti. Kerjasama ini dilihat mampu mencapai hasil positif yang dimahukan oleh kedua-dua pihak.

Langkah ini meletakkan Kedah di landasan tepat untuk menjadi pasukan berjaya seperti pasukan gergasi di selatan tanah air, JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram