Eto’o Tak Benarkan Matip Wakili Cameroon Di Piala Dunia
Dunia
pulse sport
Advertisements

Presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon (FECAFOOT), Samuel Eto’o menolak permintaan bintang Liverpool, Joel Matip untuk sertai skuad Cameroon ke Piala Dunia 2022 di Qatar. 

Menurut laporan daripada Pulse Sport, Legenda Cameroon itu menegaskan bahawa hanya pemain yang berkorban demi negara sahaja akan bermain habis-habisan di sana nanti.

“Kami bekerja keras bersendirian, dan kami amat menghormati pemain yang menghormati negara ini dalam masa susah dan senang. 

Advertisements

“Saya sendiri pernah berada dalam pasukan terbaik di Eropah, tetapi saya tidak pernah menjejaskan bermain untuk negara.

Menurut laporan, Joel Matip telah membuat keputusan untuk tidak wakili Cameroon kira-kira lima tahun yang lalu.

Beliau sudah beberapa kali dikatakan telah menolak tawaran untuk beraksi bersama Cameroon termasuk pertandingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Advertisements

Sebelum ini, beliau ada menyatakan bahawa mahu fokus sepenuhnya kepada Liverpool. Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa negara Afrika tidak akan sama seperti negara Eropah.

”Ia adalah Afrika dan anda tidak boleh membandingkannya dengan perkara-perkara Eropah. Saya akan menumpukan perhatian kepada Liverpool. Sudah selesai,” kata Joel Matip.

Bekas pemain Barcelona itu menasihatkan Matip untuk terus menumpukan perhatian kepada Liverpool kerana kariernya bersama pasukan kebangsaan sudah tamat.

Advertisements

“Saya rasa zaman Matip sudah berakhir, dia mesti kekal di Liverpool. Mereka yang memulakan kerja ini, akan menyelesaikannya di Qatar. Tidak kira siapa mereka, tetapi mereka akan ke Qatar untuk menikmati hasil usaha mereka.

“Tiada siapa yang akan makan buah kejayaan mereka, melainkan mereka,” kata Eto’o dipetik daripada Pulse Sports.

Untuk rekod, Joel Matip mengumpul 27 kaps bersama pasukan kebanggsaan Cameroon daripada tahun 2010 sehingga 2015.

Advertisements

Cameroon, Ghana, Tunisia dan Senegal antara lima pasukan dari negara Afrika yang akan bertanding di Piala Dunia Qatar 2022 yang dijadualkan bermula bulan November nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram