Europa: Sevilla Bangkit Ikat Manchester United
Eropah
Football Transfer
Advertisements

Perlawanan ke-50 Eric ten Hag bersama Manchester United berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang Sevilla di Old Trafford.

Manchester United turun beraksi tanpa kelibat Rashford yang mengalami kecederaan pangkal paha sebelum ini namun turut disertai Christian Eriksen, Anthony Martial yang baru pulih dari kecederaan selain penglibatan Casemiro yang sebelum ini tidak beraksi di Liga Perdana Inggeris atas faktor pergantungan dua kad merah.

Marcel Sabitzer membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit ke-14 menerusi satu rembatan kencang kaki kiri hasil hantaran Bruno Fernandes.

Advertisements

Selang 7 minit kemudian, Marcel Sabitzer sekali lagi menggembirakan kem United menerusi jaringan ke duanya hasil hantaran Anthony Martial.

Bersambung babak ke-2, perlawanan lebih seimbang dengan Sevilla mula memperkemas corak permainan.

Sevilla berjaya merapatkan jurang pada minit ke-83 menerusi jaringan sendiri Tyrell Malacia yang tertampan bola sepakan pemain Sevilla.

Advertisements

United sekali lagi dihukum menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-90+3 menerusi jaringan sendiri Harry Maguire.

Perlawanan berakhir dengan Manchester United seri 2-2 menentang Sevilla di Old Trafford.

Perlawanan suku akhir ke-2 bakal berlangsung di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan, Sevilla pada 21 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram