Evra Jelaskan Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab Mempengaruhi Ronaldo Sertai United
EPL
Instagram: @patrice.evra
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra menjelaskan individu yang mwmpengaruhi perpindahan lagenda kelab tersebut, Cristiano Ronaldo yang kembali semua ke kelab itu setelah hampir 12 tahun berkelana di luar.

Menurut penjelasan Evra dalam satu video di laman Instagramnya, terdapat ramai individu yang dikatakan menjadi punca kembalinya bintang tersebut ke Old Trafford.

Ronaldo sebelum ini hangat dikaitkan dengan jiran tetangga mereka iaitu Manchester City setelah laporan dari jurnalis Itali, Fabrizio Romano yang mengesahkan bahawa agen pemain tersebut iaitu Jorge Mendes menawarkan bintang Juventus itu kepada City.

Advertisements

Namun begitu, bekas pertahanan kiri United ini menegaskan, individu yang seharusnya dipuji dan dihargai atas kepulangan pemain tersebut ke kelab yang menjadikannya seorang pemain berkelas dunia seperti hari ini ialah Cristiano Ronaldo sendiri.

Baca: Hasrat Wiro Julin Dapatkan Emas Tidak Kesampaian

“Saya lihat ramai orang memberi kredit kepada individu-individu yang dikatakan menjadi punca perpindahan Ronaldo ke United.”

Advertisements

“Namun begitu, kita sepatutnya berterima kasih kepada Ronaldo sendiri kerana merealisasikan perpindahan ini.”

Menurutnya lagi, beliau telah malaksanakan tugasnya untuk memujuk Ronaldo pulang ke Manchester, namun ternyata hati dan jiwa pemain itu sememangnya berada di kelab tersebut.

” Sebab itu saya memuat naik perbualan saya dan dia (Ronaldo). Dia sendiri menyatakan bahawa dia akan bermain dengan kelab kami (United).”

Advertisements

Evra juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga beliau terutamanya ibu dan kakaknya dan juga tidak lupa kepada agennya Jorge Mendes.

“Jika kamu ada pemain seperti dia (Ronaldo), dia memerlukan perpindahan yang betul dalam kariernya dan dia lakukannya.”

Bekas pemain Juventus ini turut menegaskan bahawa penyokong turut memainkan peranan yang penting dalam usaha meyakinkan pemain itu untuk memilih United sebagai destinasi beliau yang seterusnya.

Advertisements

Baca: Jong Yee Khie Raih Pingat Perak Buat Negara

Kelibat Ronaldo menyarung jersi setan merah itu pastinya dinanti-nantikan oleh para penyokong mereka di serata dunia ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram