Manchester United terpaksa akur tersingkir awal dari pentas FA Cup selepas dimalukan Brighton And Hove Albion di Old Trafford.
Pusingan ke-3 FA Cup telah menemukan Manchester United dan Brighton & Hove Albion yang menyaksikan impian The Red Devils untuk layak ke peringkat seterusnya terhenti di laman sendiri.
Bruno Fernandes dan Matheus Cunha jadu sandaran Utama Manchester United untuk merobek gawang lawan manakala Brighton pula diketuai oleh bekas penyerang England, Danny Welbeck.
Jaringan pembukaan berjaya diperoleh Brighton seawal minit ke-12 permainan setelah Brajan Gruda berjaya menyudahkan peluang terbuka di hadapan pintu gawang tuan rumah untuk gol pertama.
Aksi kembali seimbang sebelum Danny Welbeck menambah jaringan kedua untuk pelawat hasil percubaan kaki kiri deras yang terus menerjah ke gawang Manchester United di minit ke-64.
Benjamin Sesko berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-85 menerusi tandukan yang menembusi pintu gol lawan namun jaringan itu tidak cukup untuk menghalang kemaraan Brighton.
Perlawanan di Old Trafford berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Brighton & Hove Albion.