FA Cup: Senarai 4 Pasukan & Jadual Aksi Separuh Akhir
MakanBola
CFC/SFC

Chelsea dan Manchester City antara 4 kelab handalan yang berjaya melangkah ke separuh akhir The Emirates FA Cup.

Saingan suku akhir The Emirates FA Cup berlangsung pada hujung minggu lalu dengan 8 pasukan turun bermain untuk merebut 4 tiket ke separuh akhir di Stadium Wembley nanti.

Manchester City muncul selaku pasukan pertama yang mara ke separuh akhir selepas memalukan Liverpool 4-0 di laman sendiri dengan Erling Haaland mencipta hatrik dalam tempoh 18 minit.

Manakala, Chelsea menepati ramalan apabila dengan cukup mudah menyingkirkan kelab divisyen tiga England, Port Vale 7-0 di Stamford Bridge untuk melangkah penuh bergaya ke separuh akhir.

Kejutan pula berlaku di Stadium St. Mary apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal tumbang 2-1 di tangan Southampton yang kini tampil dalam saingan Championship, kasta kedua di England.

Satu lagi slot ke separuh akhir The Emirates FA Cup terakhir menjadi milik Leeds United yang dipaksa bertungkus-lumus sebelum mengatasi West Ham United dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Aksi separuh akhir The Emirates FA Cup bakal menyaksikan Chelsea diundi bertemu Leeds United tatkala Southampton menjadi halangan Manchester City untuk melayakkan diri ke pentas final.

Kedua-dua aksi separuh akhir ini bakal diadakan di Stadium Wembley bermula 25 April hadapan.

Claim Money Packet TnG