Facundo Garces: Jumpa Kalian Nanti
MakanBola
MNT/DA

Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces sudah tidak sabar untuk memulakan musim baharu di Sepanyol.

Selepas beraksi hebat dalam penampilan sulung bersama Harimau Malaya, nama Facundo Garces kini mula dikenali selain diminati ramai dek kerana persembahan cemerlang beliau.

Malah, aksi hebat ketika menentang Vietnam itu turut dilihat hasil persembahan memukau oleh Garces ketika menyarung jersi Deportivo Alaves di LaLiga pada penghujung musim lalu.

Statistik yang dikongsikan oleh kelabnya, Alaves di Instagram membuktikan kualiti yang dimiliki oleh pertahanan berusia 25 tahun itu meskipun hanya tiba dan beraksi di separuh musim sahaja.

”Hanya dalam separuh musim sahaja, Facundo Garces telah mengatasi beberapa rekod purata per aksi di LaLiga,” jelas Deportivo Alaves.

Data tersebut menyaksikan Garces mencatatkan purata 0.7 hadangan rembatan, 6.2 clearance, 2.4 perebutan bola di udara yang dimenangi dalam 676 minit permainan bersama Alaves.

Tinjauan di ruangan komen menyaksikan Garces memberikan respon teruja dan tak sabar kembali ke Deportivo Alaves bagi bertemu keluarga Babazorros El Glorioso menjelang saingan di musim baharu nanti.

“Jumpa awak semua nanti, keluarga,” tulis Facundo Garces secara ringkas.

Komen Facundo Garces Facundo Garces: Jumpa Kalian Nanti
Instagram: Deportivo Alaves

Khidmat Facundo Garces dijangka menjadi sandaran utama Alaves pada musim hadapan selepas beliau menjadi pilihan pengurus pasukan , Eduardo Coudet dalam 7 aksi terakhir LaLiga.

Sepanjang 7 aksi tersebut, Garces serta rakan sepasukan tampil cemerlang untuk menghasilkan keputusan positif termasuklah menewaskan Valencia, Real Sociedad selain mengikat Atletico Madrid 0-0.