Facundo Garcés kembali beraksi bersama Deportivo Alavés dalam aksi LaLiga minggu ke-22 menentang Espanyol selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menangguhkan penggantungannya, bersama enam pemain warisan lain buat sementara waktu.
Kali terakhir Facundo Garcés beraksi bersama Deportivo Alavés adalah pada perlawanan minggu ke-6 LaLiga menentang Getafe pada 25 September 2025, yang berakhir dengan keputusan seri 1–1.
Bek kelahiran Argentina itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-46 menggantikan Carlos Protesoni bagi memberikan kekuatan tambahan di bahagian pertahanan pasukan Deportivo Alaves.
Kehadiran Garcés membantu menstabilkan benteng pertahanan Alavés sehingga penghujung perlawanan.
Penampilannya turut dilihat memberi suntikan motivasi kepada rakan sepasukan untuk mengekalkan prestasi sehingga wisel penamat.
Hasil CAS untuk menangguhkan penggantungan Garcés merupakan berita positif buat Alavés, kerana ia membuka peluang kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk kembali bersaing secara penuh dalam perlawanan-perlawanan Alaves akan datang.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2–1 memihak kepada pasukan Deportivo Alavés di Stadium RCDE, Barcelona, Sepanyol, pada hari Sabtu.