Faisal Halim & Akhyar Rashid Dah Rancang Awal Pelan Menentang Hong Kong
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim sempat merancang kejutan bersama Akhyar Rashid sebelum kedua-dua pemain ini meledak ketika menewaskan Hong Kong hari ini.

Bintang baharu Selangor FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau jaringan apabila menjaringkan gol kedua pasukan.

Pemain berusia 25 tahun mengakui agak terharu apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan yang sudah lama dinantikannya.

Advertisements

Namun begitu, beliau mengakui sudah pun berbual dengan rakan gandingannya iaitu Akhyar Rashid sebelum perlawanan bermula.

Beliau memberitahu bahawa pemain JDT itu ada menitipkan pesanan sebelum melangkah beraksi di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Advertisements

“Akhyar ada berbual dengan saya sebelum perlawanan dan beliau memberitahu saya bahawa saya akan menjaringkan gol pada malam ini.”

“Para penyokong juga memberikan kata-kata semangat kepada saya, hantar mesej kepada saya dan saya amat terharu dan berterima kasih,” jelasnya.

Advertisements

Faisal juga melihat keserasian bersama Akhyar dan Darren semakin baik dan terbentuk hasil kerja keras bersama.

Dalam dua perlawanan, anak jati kelahiran Pulau Pinang ini sudah berjaya meledak satu gol dan mencipta dua bantuan gol untuk membawa dua kemenangan bermakna buat Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram