Faisal Halim Alami Gangguan Komunikasi, Kini Di ICU
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim kini mengalami gangguan komunikasi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tonggak Harimau Malaya itu mengalami serangan mengejut daripada individu yang tidak dikenali dan disimbah dengan cecair yang dipercayai asid.

Beliau menerima rawatan dan telah menjalani pembedahan pertama yang berlangsung selama 4 jam.

Advertisements

Serangan yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di Damansara itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa melupakan bola sepak kira-kira 6 bulan.

Menerusi perkembangan terbaru oleh wartawan Media Prima di laman X, Redzuan Abdul Manap, seorang lagi suspek kes Faisal Halim telah pun ditahan oleh pihak polis.

Advertisements

“Kes simbah asid terhadap Faisal Halim. Seorang lagi suspek ditahan menjadikan dua orang ditahan setakat ini, ujar beliau di laman X.

Perkembangan lain mengenai keadaan semasa Faisal juga mencetuskan kerisauan apabila beliau difahamkan mengalami gangguan komunikasi akibat serangan tersebut.

Advertisements

“Faisal yang alami melecur tahap 4 kini berada di ICU untuk pemantauan.

“Dilaporkan percakapan pemain kebangsaan itu terbatas akibat kecederaan dialami,” ujarnya.

Advertisements

Keadaan ini juga menyebabkan beliau dijangka terpaksa diketepikan selama 6 bulan dan bakal terlepas permulaan musim Liga Super 2024/25 dan juga tugasan kebangsaan bersama Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram