Faisal Halim Bangga Dapat Beraksi Di Stadium Sultan Ibrahim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang Malaysia, Faisal Halim berpuas hati dengan kondisi padang di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru selepas membantu Malaysia menundukkan Turkmenistan 1-0 semalam.

Menurutnya, padang di Stadium Sultan Ibrahim sempurna dan beliau bersyukur kerana dapat beraksi di stadium berkenaan.

“Sudah tentu saya amat bertuah dapat bermain di padang yang begitu baik, merasai kita bermain di home sendiri.

Advertisements

“Walaupun kita bermain di padang JDT, syukur, saya puas dan bangga dan berterima kasih kepada Tunku (Tunku Ismail) memberi ruang dan peluang bermain di sini. Semua pemain gembira,” jelasnya kepada MakanBola selepas perlawanan tamat.

Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai venue untuk dua perlawanan persahabatan Harimau Malaya selepas Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup sementara untuk proses penukaran rumput.

Selain menyediakan venue perlawanan, pihak JDT menerusi perkenan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) turut menyediakan kemudahan pusat latihan lengkap untuk digunakan para pemain dan barisan kejurulatihan.

Advertisements

Jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke-29 memastikan Malaysia menang mengatasi cabaran Turkmenistan dalam satu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram