Faisal Halim Benar-Benar Kotakan Janji Kepada Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus membuktikan kalibernya untuk terus menjadi watak penting di Selangor.

Bintang sensasi Harimau Malaya itu terus menjadi sandaran Tan Cheng Hoe untuk mengemudi jentera serangan pasukan.

Perpindahan beliau ke Lembah Klang berlangsung dengan penuh ujian selepas beraksi hampir 2 bulan tanpa sebarang jaringan.

Advertisements

Bekas bintang Terengganu ini bagaimanapun telah membuka akaun jaringan bersama skuad negara ketika membantu Malaysia mencatatkan kemenangan 2-0 bertemu Hong Kong tempoh hari.

Beliau ada menyatakan bahawa ia menjadi satu suntikan motivasi buat dirinya untuk terus mendapatkan keyakinan menjaringkan gol.

Advertisements

Faisal dilihat telah mengotakan janjinya buat The Red Giants apabila sudah pun meledak dua gol dalam dua penampilan terakhir sekembalinya daripada tugasan kebangsaan.

Ini juga memberi tuah kepada Selangor untuk terus mengejar kedudukan pendahulu liga, JDT yang kini gah memimpin saingan Liga Super.

Advertisements

Ketajaman Faisal sudah tentu menjadi aset buat pasukan yang kini berada pada tangga kedua dan dipisahkan 6 mata dengan Harimau Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram