Faisal Halim Buat Kemunculan Di Sepahtu Reunion
Hiburan
Bola Sepak Terengganu / Astro Warna
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Muhammad Faisal bin Abd Halim membuat kemunculan dalam sebuah rancangan komedi terkemuka tanah air, Sepahtu Reunion.

Faisal telah diundang sebagai tetamu istimewa dan menjadi cameo pada episod kali ini. Beliau berjaya melakonkan watak sebagai pembantu jururawat dengan sangat baik ketika berada sepentas dengan Jep dan Ebby Yus.

Gelagat lucu pemain yang mesra dengan sapaan Mickey ini sekaligus menambah kehangatan dan seri malam semalam. Sebaik sahaja Faisal melangkah ke pentas, para penonton terus bersorak, teruja dan terkejut dengan kemunculan pemain berusia 24 tahun ini.

Advertisements

Lakonan mantap Faisal mendapat pujian ramai. Beliau juga sempat melakukan ‘Siu’ pada akhir rancangan seperti kebiasaan ketika beliau meraikan jaringan di atas padang.

Faisal turut berkongsi detik di belakang tabir bermula dari awal hingga ke akhir persembahan. Perkongsiannya di Tiktok telah mendapat respon positif dari pengikut-pengikutnya di Tiktok.

Untuk makluman, episod Sepahtu Reunion kali ini merupakan edisi Live Tour dan ia dilangsungkan di Stadium Tertutup Gong Badak.

Advertisements

Episod sebelum ini berlangsung di Pasir Gudang dan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim seperti Safiq Rahim, Safawi Rasid dan Azrif Nasrulhaq turut berkesempatan untuk hadir sebagai penonton.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram