Kecemerlangan Faisal Halim Dan Arif Aiman Bakal Jadi Penentu Pasukan Ke Pentas Akhir
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertembungan peringkat separuh akhir Piala Malaysia kali ini antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan Terengganu FC bakal menjadi perlawanan tumpuan ketika kedua-dua pasukan berusaha keras untuk meraih slot ke perlawanan akhir.

Pasukan kendalian Benjamin Mora gah menumbangkan pasukan dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC sungguhpun perlawanan tersebut sudah hangat disebabkan beberapa isu yang melanda kedua-dua pasukan di luar padang.

Namun begitu, ia nyata tidak menjejaskan persembahan JDT yang berada dalam kelas tersendiri untuk menang dengan agregat 1-0 menerusi jaringan cantik pemain sayap muda, Arif Aiman Hanapi.

Advertisements

Ini juga menyemarakkan lagi perasaan para penyokong setelah pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memutuskan untuk tidak membawa Arif Aiman dalam senarai 28 pemain bagi menghadapi kejohanan Piala AFF di Singapura bulan hadapan.

Pemian berusia 19 tahun ini menjadi watak penting pasukan apabila sudah beraksi lebih 30 perlawanan pada musim ini termasuklah aksi di pentas tertinggi Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Seterusnya, bagi pasukan Terengganu pula, peranan yang dimainkan oleh pemain sayap pasukan, Mohd Faisal Halim nyata memberi impak yang cukup besar buat pasukan kendalian Nafuzi Zain untuk terus bernafas apabila sudah menjaringkan 6 gol dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Advertisements

Prestasi pemain berusia 23 tahun ini terus meningkat naik setelah mendapat panggilan beraksi bersama pasukan kebangsaan dalam siri perlawanan persahabatan bertemu Uzbekistan dan juga Jordan baru-baru ini.

Keyakinan dan ketajaman beliau terus terserlah setelah anak jati Pulau Pinang ini terus menjadi duri dalam daging termasuklah ketika mencatat kemenangan dalam aksi suku akhir bertemu Sarawak United.

Sungguhpun impian melihat gandingan ini mengetuai jentera serangan Harimau Malaya tidak kesampaian disebabkan Arif tidak mendapat panggilan, namun Faisal masih menjadi taruhan terbaik bagi bertemu pasukan gergasi seperti Vietnam dan juga Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram