Faisal Halim Dijangka Perkuat Harimau Malaya Berdepan Laos
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan negara, Mohd Faisal Halim memberi khabar gembira buat kem negara apabila beliau dimaklumkan sudah pun bersedia untuk beraksi dalam perlawanan kedua menentang Laos pada esok hari.

Pemain sayap pasukan Terengganu FC ini sedang menikmati prestasi terbaiknya ketika ini apabila menjadi nadi utama buat jentera serangan pasukan kendalian Nafuzi Zain yang berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam Piala Malaysia.

Bukan itu sahaja, pemain yang mesra disapa ‘Mickey’ ini mempunyai naluri ketajaman yang sangat baik ketika 6 jaringan sudah dihasilkan pada kempen tersebut.

Advertisements

Namun begitu, Faisal terpaksa menangguhkan hasratnya untuk beraksi buat pasukan negara setelah beliau disahkan positif COVID-19 bersama seorang lagi rakan sepasukan iaitu Khairul Azhan. Namun begitu, khidmat beliau masih ditagih oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe dan boleh turun beraksi sekiranya keputusan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) ke atasnya disahkan negatif.

Menurut satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar berkata, Faisal Halim dan juga penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan Khalid sedang berada dalam kedudukan situasi pemantauan (Isolasi).

“Mereka berdua bukan menjalani kuarantin tetapi sedang di isolasi, sekiranya keputusan RTK ke atas mereka didapati negatif mereka boleh bersama menyertai skuad kebangsaan pada bila-bila masa.

Advertisements

“Buat masa ini kita semua perlu berdoa agar semuanya dipermudahkan,” katanya kepada sidang media pada Majlis pelancaran barangan rasmi Harimau Malaya Edisi Kedua di Sunway Piramid, petang tadi.

Khidmat Faisal dan juga Azhan pastinya amat ditagih oleh pasukan negara ketika bakal berdepan persaingan yang cukup sengit untuk merebut dua slot dalam kumpulan B sambil cabaran Vietnam dan juga Indonesia menanti.

Kehadiran dua pemain berkaliber ini mampu untuk memberikan tonik tambahan bagi memastikan Harimau Malaya mengharungi kempen cemerlang pada edisi kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram