Ads
Faisal Halim Kembali Beraksi Dengan Topeng Khas?
Piala FA
Selangor FC

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim disebut-sebut bakal kembali beraksi buat pasukan.

Advertisements

Hal ini selepas Selangor FC memuat naik satu hantaran berkenaan identiti seorang pemain yang bakal beraksi dengan topeng.

Advertisements

Video pendek itu memaparkan sebuah topeng khas diletakkan dalam paparan sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai pemiliknya.

Advertisements
Advertisements

Ruangan komen hantaran tersebut juga dibanjiri oleh para peminat yang menjangkakan akan melihat kemunculan semula pemain berusia 26 tahun itu.

Kali terakhir Faisal Halim beraksi adalah pada bulan Mei yang lalu sebelum insiden simbahan asid menimpanya.

Advertisements

Namun begitu, identiti pemakai topeng ini masih belum dapat dipastikan tatkala perancang tengah, Noor Al-Rawabdeh juga berpotensi untuk menjadi pemakainya.

Hal ini susulan perancang tengah Jordan itu difahamkan turut mengalami kecederaan hidung selepas aksi tempoh hari.

Advertisements

Tanda tanya mengenai pemakai topeng ini dijangka akan terjawab malam ini pada aksi separuh akhir Piala FA menentang Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram