Faisal Halim Kini Dalam Tekanan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim sedar bahawa ramai yang menantikan jaringan gol daripadanya namun bagi Faisal, apa yang lebih mustahak adalah pasukan yang diwakilinya berjaya memenangi perlawanan.

Pada aksi persahabatan menentang Turkmenistan tempoh hari, Faisal mempamerkan aksu berkualiti, namun belum ada rezeki buat beliau meledak gol. Walaupun Faisal melalui situasi kemarau jaringan musim ini, namun beliau tidak merasa panik kerana merasakan persembahan yang ditampilkan masih di tahap yang terbaik.

Kita sudah bekerja keras tapi belum ada rezeki untuk saya menjaringkan gol, namun apa yang penting ialah pasukan menang, Alhamdulillah syukur, tak kisah siapa yang jaringkan gol.

Advertisements

“Sebagai seorang pemain, saya akui tertekan kerana saya masih gagal menjaringkan gol. Namun, permainan saya masih di tahap terbaik dan akan be­kerja lebih keras kerana tidak boleh selesa sekarang,” katanya kepada Kosmo.

Walaupun tertekan dengan kemarau jaringan yang melanda dirinya, Faisal berpendapat isu tersebut tidak akan mengganggu fokus beliau terhadap karier bola sepak beliau dan tetap optimis akan menamatkan kemarau jaringannya tidak lama lagi.

“Sudah tentu saya tidak menganggap kemarau gol ini sebagai masalah yang mengganggu fokus saya. Dalam bola sepak ini, pemain penyerang pun belum tentu boleh jaringkan gol.

Advertisements

“Ini menjadikan saya lebih berkobar-kobar memburu gol, mungkin rezeki saya akan muncul nanti,” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram