Advertising
“Faisal Halim Lebih Menyerlah Berbanding Import Selangor” – Zainal Abidin
MakanBola
Selangor FC

Bekas ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan menyifatkan bahawa prestasi yang dipamerkan oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim adalah lebih baik daripada pemain import pasukan.

Menerusi satu kenyataan di Astro Arena, pengendali berusia 60 tahun memaklumkan bahawa Selangor terlalu bergantung terhadap kudrat pemain berusia 25 tahun itu untuk memacu serangan pasukan.

Ad

Katanya, jentera The Red Giants terutamanya pemain import masih gagal mempamerkan aksi yang diharapkan sungguhpun perlawanan Liga Super kini memasuki minggu ke-10.

Ad

Kebimbangan ini jelas dizahirkan selepas anak buah Tan Cheng Hoe tumpas di tempat lawan dengan keputusan 2-1.

“Bagi saya penyerang import Selangor, Ayron perlu meningkatkan mutu permainannya. Saya rasa ini dah masuk minggu ke-10 dan masih tidak nampak kelibatnya.”

Ad

Menurut pemerhatian Zainal, Faisal dan Mukhairi lebih memainkan peranan yang dominan untuk membentuk jentera serangan yang lebih tajam buat Selangor.

Ad

“Di sini kita dapat lihat Faisal dan Mukhairi lebih menyerlah. Sekarang ni dah 10 perlawanan dan beliau perlu segera bangkit,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Walau bagaimanapun, Ayron masih lagi berada pada landasan yang tepat apabila bersaing sengit dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri.