Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim bakal pulang ke Terengganu dengan membawa harapan besar buat pasukannya.
Bintang sensasi Malaysia itu membawa satu persembahan yang baik selepas membantu Harimau Malaya mengikat China dan Syria tempoh hari.
Beliau bagaimanapun sedia membawa prestasi terbaik ke peringkat kelab untuk membantu Selangor mengharungi aksi yang cukup getir.
Impak daripada dua perlawanan tersebut diharap dapat membantunya tampil lebih baik bersama Merah Kuning untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M).
Faisal dalam satu kenyataan bersyukur kepulangannya untuk beraksi setelah digantung selama sebulan
“Alhamdulillah, rezeki dari Allah, saya dapat menjaringkan gol dalam perlawanan menentang China yang saya dedikasikan kepada Malaysia.”
“Saya bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh keluarga saya dan penyokong,” jelasnya.
Faisal juga memiliki rekod jaringan yang cukup baik dalam saingan domestik musim ini bersama The Red Giants.
Beliau sudah pun menjaringkan 10 gol dan 7 bantuan gol dalam 21 perlawanan Liga Super.
Selangor bakal turun menentang Terengganu untuk aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia. Aksi suku akhir pertama berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 September ini.