Faisal Halim & Rakan-Rakan Nampak Gembira Guna Fasiliti Milik JDT
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap sensasi Selangor, Faisal Halim kelihatan bergitu bersemangat menjalani latihan pertama kem kebangsaan yang berlangsung di Padang Seri Gelam, Johor semalam.

Anak didik Kim Pan-gon kini dalam persiapan awal menjelang aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan juga Hong-Kong pada 23 dan 29 Mac ini.

Berdasarkan hantaran yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), para pemain dilihat cukup bertenaga untuk terus menjalani latihan.

Advertisements

Namun begitu, tumpuan terarah kepada para pemain selain daripada skuad Harimau Selatan yang kelihatan begitu teruja menggunakan fasiliti latihan yang dimiliki oleh JDT.

Kelibat seperti Faisal Halim dan Brendan Gan yang ditemani oleh barisan pemain JDT cukup bersungguh-sungguh mempersiapkan diri dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada di sana.

Advertisements

Sebelum ini, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun menyatakan kesediannya untuk membantu skuad kebangsan dari sudut penyediaan pemain dan juga menawarkan segala teknologi JDT untuk digunakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram