Faisal Halim Sahut Cabaran Hebat Di Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Dengan saingan Liga Super bakal bermula pada 24 Februari ini, semua pasukan mahu memulakan musim dengan langkah kanan. Bagi penyerang baru Selangor, Faisal Halim, itu mahu dikecapi skuad Merah Kuning bagi menjadikan musim 2023 lebih baik daripada musim sebelumnya.

“Kita sekarang sudah berehat dan sekarang fokus bersama pasukan Selangor. Lima game (perlawanan) terawal ini, pasukan Selangor dapat membuktikan kemajuan yang lebih (baik).

“Apa yang penting, game by game (perlawanan demi perlawanan), kita akan membuktikan pasukan Selangor mampu bersaing dan Selangor akan garang, Insya Allah ada rezeki kita dapat membuat sesuatu,” katanya semasa ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semalam.

Advertisements

Bekas penyerang Terengganu itu mengakui kehadiran awang import baru seperti Ayron Del Valle dan Rauf Salifu bakal meningkatkan jangkaan penyokong terhadap Gergasi Merah musim ini.

“Ya, sudah tentu. Seperti pemain foreigner (import) yang baru datang ke Selangor, expectation (jangkaan) terlalu tinggi untuk pasukan.

“Dan apa yang saya harapkan, seperti penyerang (Del Valle) kita yang baru tiba semalam, dapat membantu kita menghadapi musim liga yang panjang.

Advertisements

“Kita akan berakhir pada bulan Disember, yang memang agak panjang. Tetapi inilah kerja kita, saya suka kerja saya. Bagaimanapun, saya bekerja untuk kejayaan,” tambahnya.

Sebelum menyertai Selangor, Faisal memulakan kariernya di Penang FC sebelum berkelana ke Sri Pahang dan Terengganu. Di tiga pasukan inilah, namanya dikenali sehingga dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Faisal berharap pengalamannya itu dapat dimanfaatkan untuk membantu Merah Kuning lebih berjaya untuk musim 2023.

Advertisements

“Sekarang, saya berumur 25 tahun. Saya tak kata saya mempunyai banyak experience (pengalaman) tapi saya mempunyai pengalaman untuk mengatasi situasi-situasi yang sukar.

“Apa yang lebih penting, cabaran lebih besar untuk diri saya bersama pasukan Selangor. Bila saya pulang dari pasukan kebangsaan, expectation (jangkaan) itu sudah pasti tinggi.

“Kiranya saya tak mampu perform (beraksi dengan baik) untuk Selangor, maka itu bukan keputusan yang baik untuk diri saya.

Advertisements

“Tapi saya akan buat yang terbaik seperti mana saya buat di Terengganu, (Sri) Pahang dan Penang sebelum ini. Dan saya mahu menambah kualiti bersama pasukan Selangor,” ujarnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram