Penyerang Berbisa Colombia, Ayron Del Valle Rasmi Milik Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Selepas beberapa lama mencari pengganti Herlison Caion, akhirnya pencarian Selangor berhasil. Hari ini, Gergasi Merah mengesahkan penyerang Colombia, Ayron Del Valle sebagai awang import terbaru mereka.

Berita perpindahannya ke Selangor sudah didedahkan terlebih dahulu oleh portal Primer Tiempo semalam. Hari ini, ia disahkan secara rasmi menerusi laman media sosial mereka.

Del Valle hadir dengan reputasi besar sebagai peledak gol. Dia pernah memegang rekod penjaring terbanyak Liga Dimayor untuk tiga musim berturut-turut bersama tiga kelab berbeza.

Advertisements

Tiga kelab tersebut ialah Deportes Tolima (30 gol untuk musim 2014/2015), Alianza Petrol (12 gol untuk musim 2015/2016) dan America de Cali (11 gol untuk musim 2016/2017). Selain Colombia, Del Valle juga pernah beraksi di Mexico untuk Queretaro dan FC Juarez.

Bagi jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, kehadiran Del Valle diharap dapat membantu Selangor lebih cemerlang musim ini.

“Ayron ialah seorang penyerang yang boleh menjaringkan gol dari pelbagai posisi dan sudut. Dari segi pengalaman Liga Colombia, dia kelihatan lebih menyerlah.

Advertisements

“Kita berharap dia dapat menggalas peranan sebagai peledak terbaik pasukan musim ini. Harapnya, dia cepat beradaptasi dan mampu menyumbang kepada pasukan dengan sumbangan golnya,” katanya hari ini.

Del Valle sendiri mengakui rasa tak sabar untuk membantu pasukan barunya mendepani cabaran Liga Super musim ini.

“Saya tak pasti sama ada untuk menerima tawaran ini pada awalnya, tetapi selepas mengetahui lebih lanjut tentang Selangor, saya sedar ini merupakan peluang terbaik dan cabaran yang boleh dihadapi dan membantu pasukan menjulang trofi musim ini.

Advertisements

“Saya juga berpeluang bercakap dengan pengurusan kelab dan jurulatih (Tan Cheng Hoe) sebelum membuat keputusan dan saya percaya rancangan mereka telah menarik minat saya untuk datang ke situ,” katanya kepada media rasmi pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram