Bekas Penjaring Terbanyak Liga Colombia Bakal Sertai Selangor?
Dunia
Julian Capera
Advertisements

Kekosongan yang ditinggalkan Herlison Caion bakal diisi Selangor dengan seorang lagi penyerang dari Amerika Selatan. Ini selepas Gergasi Merah dikhabarkan telah mencapai persetujuan dengan penyerang Colombia, Ayron del Valle.

Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam ciapannya di Twitter beberapa jam lepas.

Menurut portal Primer Tiempo, del Valle telah mencapai persetujuan bersama Merah Kuning selepas tidak memperbaharui kontrak dengan kelab lamanya, Once Caldas. Portal tersebut turut mendedahkan Selangor bakal memperkenalkannya sebagai awang import baru mereka esok.

Advertisements

Walaupun berusia 34 tahun, penyerang Colombia itu pernah bergelar penjaring terbanyak America de Cali pada 2015 dan 2016 dengan 30 gol. Selain America de Cali dan Once Caldas, del Valle juga beraksi dengan Queretaro dan FC Juarez (Liga Mexico).

Sekiranya perpindahan ini disahkan, del Valle bakal bersaing dengan awang import muda dari Ghana, Rauf Salifu di bahagian serangan Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram