Faisal Halim Terus Beri Segalanya Buat Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Muhammad Faisal bin Abdul Halim terus menampilkan persembahan memukau dalam aksi Liga Super hari ini.

Turun membarisi barisan serangan bersama gandingan Tchetche Kipre dan Kpah Sherman, kelibat Faisal di bahagian sayap menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan Terengganu. 

Pemain berusia 24 tahun ini berjaya mencatat nama sebagai penjaring serta merekodkan dua bantuan jaringan.

Advertisements

Pada minit ke-70 permainan, Faisal Halim melengkapkan malam gemilang Terengganu dengan satu rembatan kencang menggegar jaring. Ledakan Faisal itu gagal diselamatkan penjaga gol Melaka United, Norazlan Razali. 

Untuk rekod, Faisal Halim kini telah mencatatkan sebanyak lima gol dan sembilan bantuan jaringan.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat menyaksikan Terengganu berjaya mencatat kemenangan bergaya, 4-2 menewaskan Melaka United.

Terengganu bakal berdepan cabaran pasukan KL City dalam aksi Liga Super seterusnya pada 11 Oktober di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram