Faiz Subri Iktiraf Jaringan Sean Selvaraj Sebagai Luar Biasa
Dunia
Buro247.my
Advertisements

Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) 2016, Faiz Subri teruja dengan jaringan Sean Eugene Selvaraj luar biasa yang dihasilnya tempoh hari. 

Beliau akui gol yang terjadi dari jarak kira-kira 30 meter itu memang ajaib dan mempunyai teknik yang sempurna dilakukan oleh anak buah K. Devan itu.

Menerusi hantaran dari laman Twitter Fifa sebelum, hasil jaringan Sean pada minit ke-88 itu ketika menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad lalu adalah antara tiga gol pilihan terbaik mingguan dari seluruh dunia.

Advertisements

“Memang kalau kita tengok jaringan itu cantik dan rembatannya luar biasa. Mungkin ia berlaku disebabkan kelebihan dimilikinya, selain teknik yang betul maka seterusnya berlaku dengan sempurna,” jelasnya.

“Satu penghormatan buat Sean dan Liga Malaysia (Liga M) apabila Fifa memuat naik jaringan itu di laman media sosial mereka sebagai antara tiga gol pilihan terbaik mingguan dari seluruh dunia.”

Faiz turut menjelaskan bahawa gol itu merupakan satu perhargaan dan bukan biasa-biasa dihasilkan apabila Fifa sendiri yang memuat naik jaringan itu di laman sosial. Malah, ia akan jadi satu tumpuan untuk peminat bola sepak di seluruh dunia.

Advertisements

“Bila Fifa kongsi ia satu penghormatan. Kita boleh nampak ia bukan hanya dari segi jaringan, malah Liga M bukan calang-calang.”

“Jadi ia akan menarik peminat bola sepak di seluruh dunia untuk turut memberi tumpuan kepada liga kita. Selain itu jaringan seperti itu menaikkan nama Malaysia di mata dunia,” kata pemain Penang FC itu.

“Apa salahnya kalau ia dihantar ke Fifa bagi dicalonkan dalam Anugerah Puskas, tahun ini,” ujarnya kepada Harian Metro

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram