Faiz Subri Mungkin Diberikan Peranan Sebagai Pemain-Jurulatih di Kelantan FC
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Sebelum ini tular berita berkenaan keinginan pemilik Kelantan FC, Zamsaham untuk mendapatkan pemain serba boleh, Mohd Faiz Subri menerusi status Facebook Zamsaham.

Zamsaham sebelum ini berpendapat bahawa skill dan bakat yang ada pada Faiz Subri diperlukan The Red Warrior. Prestasi mantap yang ditonjolkan Faiz sebelum ini pastinya akan ditagih kembali.

Menerusi satu hantaran terbaru akaun Instagram Zamsaham, beliau mengesahkan ‘risikan’ telahpun bermula namun belum memperoleh kata putus lagi.

Advertisements

“Saya dah berhubung dengan encik Faiz Subri. Pemain yang pernah memenangi anugerah Puskas. Pada perbincangan tadi, belum ada kata muktamad tapi kalau ada jodoh InsyaAllah akan ke TRW.”

Sementara itu dalam hantaran Instagram yang sama, Zamsaham menyambut baik cadangan peminat untuk menjadikan Faiz Subri sebagai pemain-jurulatih dimana pemain dengan anugerah Puskas ini akan diberikan peranan sebagai pemain seterusnya menjadi salah seorang jurulatih di TRW.

Sebelum ini, Zamsaham menyatakan dengan jelas bahawa bakat pemain seperti faiz Subri diperlukan Kelantan FC dan rata-rata peminat menyambut baik hasrat pemilik Hotel Zamburger tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram