Zamsaham Ingin Faiz Subri Bersama Kelantan FC
Dunia
Faiz Subri 13
Advertisements

Pemilik Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC), Norizam Tukiman hari ini telah memuat naik satu hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya berkaitan persiapan yang bakal dilakukan pasukan Kelantan FC untuk musim depan. 

Beliau yang lebih mesra disapa Zamsaham memaklumkan bahawa pasukan Kelantan FC sedang berminat untuk mendapatkan khidmat seorang pemain bintang, Mohd Faiz Subri. 

Zamsaham sebelum ini, ada bercadang untuk mencari beberapa pemain yang berstatus bintang untuk diserap masuk ke dalam pasukan. Langkah ini dijangka untuk memperkuat dan memperkukuh barisan kesebelasan utama skuad Kelantan FC dalam saingan musim depan.

Advertisements

Dalam hantaran Zamsaham di Facebook, beliau berpendapat bahawa skill dan bakat yang ada pada Faiz Subri diperlukan The Red Warrior. Prestasi mantap yang ditonjolkan Faiz sebelum-sebelum ini pastinya akan ditagih kembali.

Namun yang menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan adalah, kehadiran Faiz Subri kelak adakah sebagai pemain atau staff kejurulatihan. Zamsaham hanya menyatakan tawaran secara umum namun tidak mengkhususkan peranan yang bakal diambil Faiz.

Pada tahun lepas, Mohd Faiz Subri telah menerima tawaran untuk menjadi pengarah teknikal sukan Teqball di Hungary. Namun beliau terpaksa menolak tawaran tersebut ekoran pandemik dan beberapa isu lain yang melibatkan pemain berusia 33 tahun itu.

Advertisements

Untuk rekod, pemenang anugerah Puskas 2016 itu sebelum ini pernah bermain di Kelantan pada musim 2013 dan berjaya membantu pasukan meledak sebanyak 2 gol. Kehadiran Faiz untuk kembali beraksi di Kelantan FC pada musim 2022 pastinya akan dinanti-nanti penyokong The Red Warrior.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram