Faiz Subri ‘Puskas Award’ Bakal Muncul Bersama Singa Utara
Dunia
Advertisements

Pemenang FIFA ‘Puskas Award’, Faiz Subri bakal muncul kembali semula ke arena bola sepak tanah air setelah sekian lama menghilangkan diri. Pemain 32 tahun itu akan bermain bersama kelab Liga M3, NLFC MAHSA.

Selaku kelab berstatus universiti, NLFC MAHSA turut memasang impian mahu ikut jejak langkah UITM FC yang berada di Liga Super 2020 dan UKM FC yang bersaing di Liga Premier 2020.

NLFC MAHSA turut menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bagi membantu mereka membentuk skuad Piala Presiden dan Piala Belia bagi mengukuhkan pasukan musim hadapan.

Advertisements

Faiz Subri mencipta sensasi buat dirinya dan juga Pulau Pinang sehingga ke Majlis Anugerah FIFA apabila memenangi anugerah FIFA Puskas Award hasil jaringan cantik jarak jauhnya pada 2016.

Kehadiran Faiz Subri bersama kelab NLFC MAHSA pastinya amat ditagih oleh kelab itu bagi menghadapi saingan Piala FA menentang kelab dari Terengganu, Kerteh FC.

Beliau tidak bermain sepanjang tahun 2019 kerana tidak mendapat khidmat daripada mana-mana pasukan dan Pulau Pinang merupakan pasukan terakhir diwakilinya sehingga tamat saingan Liga Malaysia 2018.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram