Faizal Azumu Akui Kesilapan, Mohon Maaf Kepada Semua Pihak
Dunia
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Ahmad Faisal bin Azumu telah melakukan permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan beliau yang tular baru-baru ini dilihat mendapat respon yang pelbagai di media sosial.

Kenyataan tersebut merujuk kepada dakwaan bahawa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan pasukan yang beraksi di Liga Super.

Ketika ini, pasukan yang bertanding di Liga Super sebanyak 12 pasukan dikatakan tidak mematuhi peraturan FIFA. Oleh yang demikian, beliau telah memberitahu perkara tersebut ada dibincangkan bersama Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dan juga Presiden MFL, Stuart Ramalingam.

Advertisements

Ini susulan pertanyaan mengenai situasi pasukan Perak FC yang dilihat bakal tersingkir disebabkan berada pada kedudukan kedua tercorot dalam Liga Super ketika ini.

Namun begitu, menurut satu penjelasan daripada laman rasmi instagram FAM oleh Stuart sendiri, beliau telah menafikan bahawa perkara tersebut pernah dibincangkan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi bersama menteri tersebut. Beliau juga menegaskan usaha pemindaan ini adalah terletak di bawah bidang kuasa MFL dan ahli lembaga pengarahnya.

Datuk Seri Azumu akhirnya tampil untuk memberi penjelasan kepada umum berkenaan kata-kata yang telah tular di media sosial itu.

Advertisements

“Pertama kali, saya rasa bersyukur kerana ala yang saya perkatakan itu sebelum saya mengangkat sumpah sebagai Menteri KBS. Apa yang saya katakan itu merupakan kekhilafan, kesilapan dan kurang cerdik.”

Beliau turut mengakui akan kesilapan yang telah dilakukan.

“Satu kekhilafan dan kesilapan daripada saya mengeluarkan kenyataan itu. Saya mohon maaf kepada seluruh penyokong bola sepak tanahair”, Datuk Seri Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan.

Advertisements

Beliau yang menjelaskan mengenai kemelut ini pada sidang media pertamanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Setia Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara Isnin ini.

Ini sekaligus menjelaskan situasi sebenar mengenai perkara ini. Semoga Datuk Seri terus menjalankan tugas demi memajukan dan meningkatkan mutu sukan negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram