5 Fakta Menarik JDT Selepas Berjaya Ikat Kawasaki Frontale
Trivia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale yang berjaya diperoleh JDT adalah satu keputusan yang membanggakan kerana beberapa faktor.

Jika sebelum ini JDT berjaya menewaskan pendahulu saingan tertinggi Korea Selatan, K-League, keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale merupakan keputusan positif tambahan yang bakal menjadi tonik terbaik Harimau Selatan untuk kempen Liga Juara-juara AFC 2022.

Berikut merupakan 5 fakta menarik berkenaan keputusan perlawanan JDT bertemu Kawasaki Frontale.

Advertisements

1- JDT Berjaya Mengikat Juara 4 kali J-League

Kawasaki Frontale yang diasaskan pada tahun 1955 berjaya menjuarai saingan tertinggi liga Jepun, J-League pada tahun 2017, 2018, 2020, 2021 selain kini di tangga teratas J-League untuk musim 2022 selepas 10 perlawanan.

Kejayaan JDT mencatatkan keputusan seri selain memiliki data statistik yang baik menentang Kawasaki Frontale adalah satu kejayaan yang perlu dibanggakan rakyat Malaysia secara umumnya.

Advertisements

2- Kawasaki Di Ranking Teratas Kelab AFC

Menurut data semasa ranking kelab AFC seperti yang dipaparkan oleh FootballDatabase, Kawasaki Frontale kini berada di tangga teratas dengan 1676 mata.

Selain itu, JDT juga sebenarnya berjaya menewaskan kelab di ranking ke-3 AFC iaitu Ulsan Hyundai dalam perlawanan ke-2 kumpulan I.

Advertisements

3- JDT Mencatat Lebih Banyak Peluang Jaringan

Berhadapan dengan pasukan gergasi Jepun, Kawasaki dan berjaya memperoleh 8 percubaan menjaringkan gol beserta 1 percubaan tepat, JDT ternyata lebih berbahaya berbanding Kawasaki yang hanya mampu memperoleh 6 percubaan dan 0 percubaan tepat.

4- Statistik Sifatkan Ini Aksi Terburuk Kawasaki Sejak Tahun 2017

Advertisements

Sejak 2017, ini adalah perlawanan terburuk Kawasaki Frontale berdasarkan statistik serangan pasukan berkenaan seperti yang dikeluarkan OptaJiro, laman data statistik terkemuka Jepun.

5- JDT Berpeluang Cerah Untuk Layak Ke Pusingan Seterusnya

Keputusan seri ini sekaligus mengukuhkan kedudukan JDT di tangga teratas kumpulan I, Liga Juara-juara AFC 2022 dan JDT hanya memerlukan 1 kemenangan bertemu salah satu pasukan (Kawasaki / Ulsan) untuk mengesahkan layak ke pusingan seterusnya selepas mengambil kira kekuatan kelab China, Guangzhou yang disifatkan lemah dan tidak berdaya saing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram