FAM Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pengadil Perlawanan Kedah & Sri Pahang
Dunia
MFL
Advertisements

Menerusi satu kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengadil perlawanan untuk perlawanan Liga Super 2022 di antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Sri Pahang akan dikenakan tindakan tegas.

Selepas pihak Jawatankuasa Pengadil FAM meneliti rakaman video perlawanan, terdapat beberapa kesalahan besar dilakukan pengadil termasuklah tindakan membatalkan gol Sri Pahang sebelum ini.

“Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa terdapat kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat beberapa keputusan termasuk membatalkan jaringan pasukan Sri Pahang FC.

Advertisements

“Biarpun tidak menerima sebarang surat aduan daripada Sri Pahang FC, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah melakukan siasatan, penelitian dan analisis menerusi rakaman video, dan mendapati bahawa memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai perlawanan.

“Jawatankuasa Pengadil FAM seterusnya akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan terhadap pegawai-pegawai perlawanan tersebut.” Jelas Abang Zulkarnain Abang Abdurahman, Penolong Setiausaha Agung FAM.

Perlawanan melibatkan Sri Pahang dan Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman sebelum ini tercalit dengan kontroversi mutu pengadilan yang teruk dengan kelalaian penjagaan garisan offside dan membatalkan jaringan penting Sri Pahang selain beberapa keputusan kontroversi lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram