Pengadil ‘Cap Ayam’ Robek Kemenangan Sri Pahang?
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Aksi saingan Liga Super 2022 di antara pasukan Kedah Darul Aman dan Sri Pahang pada semalam telah dicemari dengan pelbagai insiden kontroversi yang melibatkan antara pemain dan pengadil. 

Keputusan pengadil perlawanan telah dipertikai oleh sesetengah peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong pasukan Sri Pahang dek kerana dua gol yang dibatalkan. Hal ini barangkali telah merobek peluang kemenangan buat pasukan Sri Pahang.

Pada minit ke-62 permainan, rembatan kencang David Rowley gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ilham Razali. Bagaimanapun gol tersebut telah dibatalkan kerana penjaga garisan mendakwa David Rowley berada pada kedudukan offside. 

Advertisements

Memasuki minit ke-80 permainan, hantaran lintang Manuel Hidalgo ditanduk kemas oleh J. Martial. Tandukan tersebut amat cantik dan berjaya menggegar jaring. Namun pergelutan yang berlaku antara J. Martial dan pertahanan Kedah telah dikesan oleh pengadil. Jaringan tersebut akhirnya dibatalkan pengadil perlawanan. 

Tidak terhenti setakat itu, keputusan pengadil perlawanan sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila percubaan daripada pemain Sri Pahang pada minit ke-89 permainan didakwa tidak melepasi garisan. Rembatan kencang susulan aksi lipat penjaga gol Sri Pahang itu tidak cukup untuk memberikan sekurang-kurangnya satu mata buat pasukan Sri Pahang.

Gol tunggal Rodney Kelvin menutup cerita dan drama perlawanan di antara Kedah Darul Aman dan Sri Pahang. Perlawanan berakhir dengan keputusan KDA FC 1-0 Sri Pahang.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram