FAM Cekap, Akan Siasat Segera Insiden Pergaduhan Terengganu II & Penang FC
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar bakal mengkaji segera insiden pergaduhan melibatkan Terengganu II dan Penang FC di Kuala Terengganu sebelum ini.

“Kes semalam itu kita akan majukan kepada jawatankuasa disiplin FAM, itu berlandaskan kepada laporan pengadil, pegawai-pegawai perlawanan yang kita sudha terima petang tadi,” katanya kepada Zulhelmi Zainal Azam, Astro Arena.

Beliau turut akan memanjangkan keputusan jawatankuasa kepada pihak MFL selepas keputusan berjaya dicapai berdasarkan rujukan-rujukan sebelum ini.

Advertisements

Dalam kejadian sebelum ini, pemain Penang FC mengalami kecederaan serius di bahagian hidungnya selepas ditumbuk dalam satu kejadian rusuhan sesama pemain dalam perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Penang FC dan Terengganu II.

Foto FA Malaysia

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram