FAM: Kenyataan Pengerusi Pengadil FIFA Adalah Palsu
FAM
Haziq/MakanBola
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa kenyataan yang dikatakan datang dari Presiden Pengadil FIFA, Pierluigi Collina yang dikatakan kecewa dengan mutu pengadilan final Piala Malaysia 2023 adalah palsu.

Khabar yang tular dalam kumpulan bola dan juga laman tertentu itu disahkan bukan daripada kenyataan rasmi oleh FIFA sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Dalam satu lagi isu berkaitan, FAM tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan teguran yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina terhadap mutu pengadilan pada aksi final tersebut dan apa yang tular di media sosial itu adalah berita atau kenyataan palsu.”

Advertisements

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman juga memberitahu bahawa keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut adalah tepat walaupun rata-rata mempersoal keputusan pengadil untuk memberikan penalti dalam perlawanan tersebut.

Keputusan ini melibatkan penalti pertama perlawanan yang telah diberikan kepada JDT selepas penyerang pasukan, Fernando Forestieri telah diberikan penalti atas kesalahan Azam Azmi Murad dalam kotak penti lawan.

“Bagi insiden sepakan penalti yang diberikan untuk gol pertama Johor Darul Ta’zim pada minit keenam, pengadil berada pada kedudukan yang tepat untuk membuat keputusan dan memang ada sepakan dilakukan oleh pemain Terengganu FC ke atas pemain Johor Darul Ta’zim dan ia juga berlaku dalam kawasan penalti.”

Advertisements

FAM juga menjelaskan bahawa pengadil berada dalam kedudukan yang tepat bagi penalti kedua yang tepat untuk memberikan keputusan tersebut.

“Bagi insiden sepakan penalti untuk gol penyamaan Terengganu FC pada minit ke-21 pula, kesalahan pemain Johor Darul Ta’zim terhadap pemain Terengganu FC telah jelas dilihat dan dibantu oleh Pembantu Pengadil Tambahan 1.”

“Keputusan pengadil dibuat berdasarkan bantuan daripada Pembantu Pengadil Tambahan 1 dan bukanlah atas desakan dan permintaan daripada pemain-pemain Terengganu FC,” jelas FAM.

Advertisements

Aksi di SNBJ itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada JDT dengan keputusan 3-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram