FAM Mula Langkah Awal Persiapkan Pasukan Hadapi Piala Asia 2023
Dunia
Khairul / makanbola
Advertisements

Susulan pencapaian bersejarah Malaysia berjaya menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia 2023, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menaikkan lagi martabat bola sepak Malaysia.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun pelbagai halangan yang akan tiba, pihak FAM akan menghadapinya satu persatu dalam usaha memajukan pasukan kebangsaan ke tahap terbaik.

“Kita ingin naikkan prestasi dan ia tidak boleh naik mendadak, jadi dengan kekangan yang ada di depan, kita akan hadapinya satu demi satu. Terdapat kemungkinan kalau perancangan yang dibuat tidak betul segalanya akan jatuh balik.

Advertisements

“Maknanya selepas ini kalau pasukan negara bertemu pasukan tertentu mereka akan menang, tidak bergelut mencatat keputusan seri ataupun kalah. Ini yang kita (FAM) akan lakukan,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan antara Malaysia dan Bangladesh di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam

Kemenangan 4-1 menewaskan Bangladesh pada aksi terakhir kumpulan semalam menjadikan skuad bimbingan Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan enam mata dan menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain. Ianya sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia selaku lima naib juara terbaik.

Hamidin juga berkata bahawa persiapan menghadapi Piala Asia 2023 akan bermula sekarang dan beliau yakin pengendali Malaysia, Kim Pan-gon tahu apa yang perlu dilakukan.

Advertisements

“Persiapan bermula sekarang yang turut melibatkan Piala AFF. Ini memerlukan kewangan dan perancangan dan saya yakin Pan Gon tahu apa dia perlu buat dan apa yang ingin dibincangkan bersama saya dan barisan jawatankuasa yang lain,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram