FAM Nafi Lambat Bertindak
FAM
FAM
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan isu beberapa pihak yang mendakwa mereka ini lambat dalam melakukan tindakan.

Perkara ini berhubung dengan insiden yang tular apabila penyokong Kuala Lumpur City yang telah dipukul pada Final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

Menurut kenyataaan oleh FAM, pihaknya menghormati proses setelah laporan polis dibuat oleh mangsa pada keesokan harinya selepas insiden berkenaan.

Advertisements

FAM menjelaskan bahawa mereka tidak mahu melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu siasatan polis.

“FAM bukan mengambil sikap untuk berdiam diri berhubung hal ini atau pun lambat untuk membuat sebarang tindakan.”

Advertisements

“FAM sentiasa bersedia dan terbuka untuk memberi kerjasama kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan kes ini,” ujar kenyataan FAM.

FAM juga menyatakan pendirian tegas untuk menolak segala bentuk salah laku yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan, kekerasan atau keganasan dalam bola sepak, sama ada dalam atau luar padang yang membabitkan penyokong atau penonton.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram