Advertising
FAM Pecat Fitri Maskon Serta-Merta
MakanBola
FA MALAYSIA
Sponsors

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan nada tegas bahawa tidak akan berkompromi dalam isu yang berkaitan prestasi lemah oleh pengadil.

Perkara ini dinyatakan secara lantang oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram selepas mendapati bahawa pengadil, Fitri Maskon telah menunjukkan prestasi yang lemah.

Ad

Hal ini berlaku pada perlawanan Piala MFL 2024-2025 antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Khamis lalu.

Ad

“Laporan Penilai Pengadil telah menunjukkan bahawa Fitri telah menunjukkan satu prestasi yang sangat lemah, sekali gus mempengaruhi keputusan perlawanan.

“Unit Pengadil FAM juga telah membuat analisa perlawanan dan mendapati keputusan sepakan penalti yang diberikan oleh beliau adalah kurang tepat,” ujar beliau.

Ad

Bukan itu sahaja, keputusan untuk memberikan masa tambahan yang berlebihan dilihat satu tindakan yang melampau.

Ad

“Hasil analisa juga menunjukkan tambahan masa yang diberi iaitu 15 minit pada akhir perlawanan adalah keterlaluan sehingga menyebabkan perlawanan yang sepatutnya berkesudahan seri, berakhir dengan keputusan berbeza.

Ad

“Ini jelas membuktikan bahawa keputusan pengadil telah mempengaruhi dan memberi impak yang jelas kepada keputusan akhir perlawanan,” kata Dato’ Sivasundaram.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, selepas mengadakan perbincangan yang mendalam bersama dengan kepimpinan tertinggi FAM, maka FAM telah mengambil satu keputusan yang tegas iaitu memecat Fitri daripada semua tugasan pengadil.

“Walaupun keputusan tegas ini dibuat dengan hati yang berat, namun ia perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada semua pengadil.

“Keputusan memecat pengadil adalah satu tindakan yang pertama kali dibuat kerana sebelum ini, pengadil hanya digantung tugas.

“Ini juga menjadi satu isyarat jelas supaya pengadil perlu lebih serius ketika menjalankan tanggungjawab mereka di atas padang,” jelas Dato’ Sivasundaram.