FAM Perjelas Isu Penyata Kewangan Kepada Pesuruhjaya Sukan
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengemukakan surat rasmi kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memberikan penjelasan berhubung isu pembentangan penyata kewangan dan bajet yang dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun lalu.

Menerusi satu siaran media, FAM memaklumkan bahawa surat bertarikh 8 Jun 2026 itu dihantar bagi menjelaskan kekeliruan berkaitan dakwaan bahawa penyata kewangan teraudit dan bajet tahunan tidak dibentangkan kepada ahli-ahli gabungan seperti yang diperuntukkan.

Menurut FAM, penjelasan tersebut turut dibuat susulan beberapa kenyataan yang telah menimbulkan persepsi berhubung proses pembentangan kewangan persatuan itu dalam kongres berkenaan.

Dalam kenyataan sama, FAM menegaskan bahawa pihaknya menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997.

FAM turut memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang perkara yang memerlukan penjelasan lanjut pada masa akan datang.

Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM kekal komited untuk memastikan setiap proses pentadbiran dan kewangan dilaksanakan mengikut peraturan serta tahap ketelusan yang ditetapkan.